Site icon TechNave BM

Red Magic 10 Ultra dijangka hadir dengan skrin 7 inci, bateri 7,000mAh

Nubia sedang menghasilkan dua telefon andalan baharu untuk pasaran China dengan Nubia Z70 Ultra dan siri Red Magic 10 Pro. Z70 Ultra akan menjadi telefon andalan biasa manakala barisan Red Magic 10 Pro akan tertumpu kepada permainan. Peranti ini disahkan menampilkan Snapdragon 8 Elite baharu dan akan memperkenalkan varian Ultra.

Varian Ultra dijangka hadir dengan saiz skrin yang lebih besar berkemungkinan melebihi 7 inci dan paparan rata dengan kamera bawah skrin. Tambahan, model Ultra boleh menempatkan bateri berkapasiti dalam julat 6,600mAh hingga 7,000mAh.

Walaupun jenama itu belum mengesahkan model Ultra secara rasmi, poster terbaru Nubia (seperti yang ditunjukkan) mengacah siri Pro yang lebih berkuasa dan lebih besar. Seperti yang dinyatakan di atas, Nubia juga sedang mengusahakan Nubia Z70 Ultra untuk pasaran China. Peranti ini juga dijangka menampilkan kamera bawah paparan dan cipset Snapdragon 8 Elite.

Sumber juga menyebut bahawa skrin Z70 Ultra akan menampilkan paparan sekitar 6.9 inci. Seperti yang dilaporkan, siri Red Magic 10 Pro mungkin dilancarkan pada bulan November ini di China. Z70 Ultra juga dijangka dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo 1|2

Exit mobile version