Site icon TechNave BM

Red Magic 6 edisi Tencent bakal dilancar Q1 2021, mungkin hadir dengan Snapdragon 888, cas pantas 120W

Pada tahun lalu, Tencent telah bekerjasama dengan Black Shark untuk telefon edisi khas Black Shark 3. Tahun ini, mereka pula bakal bekerjasama dengan Red Magic untuk telefon gaming terbaru mereka, Red Magic 6.

Berdasarkan sumber terbaru, Red Magic 6 edisi Tencent ini akan dilancarkan bersama varian standard. Telefon ini bakal hadir dengan teknologi SolarCore, teknologi engin pecutan permainan dari Tencent.

Teknologi SolarCore ini dikatakan adalah sebuah sistem yang bakal menyeimbangkan cipset, RAM dan penyambung rangkaian. Ia dikhabarkan akan memendekkan masa memuat (loading time) dan mengekalkan frame rate yang konsisten.

Selain dari syarikat Black Shark, ASUS ROG Phone juga pernah menggunakan teknologi SolarCore ini.

Red Magic 6 dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Februari atau Mac ini. Ia dijangka akan menggunakan cipset andalan terbaru Qualcomm, Snapdragon 888. Selain itu, peranti gaming ini juga dijangka akan hadir dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Adakah anda beminat dengan peranti gaming terbaru Red Magic 6 ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Exit mobile version