Telefon gaming Red Magic terbaharu akan dilancarkan pada 26 Disember ini dan Red Magic secara rasmi mendedahkan acahan maklumat terkini siri Red Magic 8 Pro dengan mengumumkan spesifikasi pengecasan pantas telefon tersebut.
Red Magic mengumumkan bahawa telefon ini menyokong pengecasan pantas 165W dan dilengkapi dengan bateri 6,000mAh. Ia hanya mengambil masa 14 minit untuk mengecas sepenuhnya 100% dan menyokong perlindungan pengecasan pantas sebagai keseimbangan antara keselamatan dan kecekapan.
Ia adalah telefon gaming pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, peranti dilengkapi dengan skrin rata fleksibel bawah skrin pertama di dunia yang disesuaikan dengan BOE dan nisbah skrin-ke-badan 93.7%.
Red Magic 8 Pro juga memiliki penyejukan cecair VC dwi-pam pertama dalam industri yang mempunyai kapaisti VC pelesapan haba terbesar dalam sejarah Red Magic sehingga 2068mm³. Red Magic 8 Pro juga hadir dengan cip permainan Red Core R2 yang dibangunkan sendiri oleh Red Magic.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Red Magic 8 Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Weibo Red Magic

