Site icon TechNave BM

Red Magic 8S Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 2, skrin AMOLED 120Hz 6.8″ bermula RM3,699

Hari ini, nubia telah mengumumkan secara rasmi penambahan model baharu mereka iaitu Red Magic 8S Pro dalam pasaran Malaysia. Peranti ini hadir dengan pilihan memori 12/256GB berwarna hitam dan 16/512GB yang ditawarkan dalam warna Platinum atau Aurora. 

Red Magic 8S Pro dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, paparan AMOLED 120Hz 6.8 inci, bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W dan sistem penyejukan ICE 2.0 baharu. Sebagai telefon gaming, pencetus bahu hadir dan ia juga mempunyai sensor Samsung GN 50MP untuk kamera utama manakala kamera swafoto ialah 16MP. 

Peranti ini beroperasi pada sistem operasi REDMAGIC OS 8.0. Sempena meraikan pelancaran Red Magic 8S Pro, nubia telah menganjurkan Kempen Pra Jualan untuk memberikan baucar RM 100 kepada pembeli setiap hari. 

Kempen Pra Jualan akan berlangsung di  Instagram rasmi REDMAGIC Malaysia dari 5 – 14 Ogos 2023. Setiap hari dalam tempoh tersebut, seorang pemenang rawak akan dipilih dan diumumkan. Baucar hanya boleh digunakan pada pembelian laman web rasmi.    

Untuk harga, varian 12/256GB bermula daripada RM3,699 diikuti varian 16/512GB berharga RM4,499. Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di kedai Shopee rasmi REDMAGIC MY dan my.redmagic.gg bermula dari 14 Ogos 2023.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version