Site icon TechNave BM

Red Magic 9 muncul di Geekbench, dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3

Cipset andalan Qualcomm yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 3 akan dilancarkan pada bulan Oktober. Bagaimanapun, khabar angin mengenai butirannya sudah muncul. Kini, cipset tersebut telah muncul di Geekbench.

Telefon pintar baharu dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 telah dilihat di Geekbench. Daripada nombor model Nubia NX769J, jelas bahawa ini sama ada siri Nubia Z60 atau peranti prototaip siri Red Magic 9. Papan induk diberi nama kod Pineapple dan ia mempunyai teras 1+5+2.

Kelajuan asas teras ialah 2.27GHz manakala teras utama boleh meningkat sehingga 3.19GHz. Dengan itu, peranti itu telah memperoleh 1596 mata pada ujian teras tunggal dan 5977 mata pada ujian berbilang teras Geekbench 5.

Kita perlu menunggu sehingga beberapa penanda aras yang lain untuk muncul pada Geekbench sebelum mengetahui kuasa sebenar cipset tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Weibo

Exit mobile version