Site icon TechNave BM

Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition akan dilancar pada 29 Mac 2024

Nubia memperkenalkan Red Magic 9 Pro di Malaysia pada Disember lalu, diikuti dengan keluaran varian telefon pintar Edisi Khas Putih. Baru-baru ini, Red Magic telah mendedahkan imej promosi pelancaran akan datang, memberikan satu lagi versi edisi khas Red Magic 9 Pro+ melalui akaun Weibo rasminya.

Ia dinamakan edisi Bumblebee Transformers, varian Red Magic 9 Pro+ khas dijadualkan untuk dilancarkan pada 29 Mac 2024, jam 10 pagi di China. Butiran khusus mengenai edisi ini masih tidak didedahkan hanya sekadar informasi watak Bumblebee daripada filem Transformers.

Selain itu, telefon edisi khas itu dijangka menyertakan pembungkusan tersuai dan aksesori yang digabungkan seperti pengecas bertema Bumblebee, kabel, sarung pelindung, lencana, pin dan kipas luaran yang boleh dipasang.

Red Magic 9 Pro+ edisi terhad ini dijangka mengekalkan spesifikasi yang sama seperti varian standard dengan ciri-ciri seperti paparan AMOLED 6.8 inci 120Hz, Snapdragon 8 Gen 3 SoC, pelesapan haba yang cekap dan bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version