Site icon TechNave BM

Red Magic Nova dengan SD 8 Gen 3, paparan 2.8K 144Hz dilancarkan secara global bermula ~RM2,059

Red Magic telah mengumumkan pelancaran global Nova iaitu tablet permainan yang menawarkan pengalaman premium. Paparannya bersaiz 10.9 inci menampilkan resolusi 2.8K dengan kadar penyegaran 144Hz, kecerahan puncak 550 nits dan pensijilan SGS untuk perlindungan mata.

Red Magic Nova dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3 dengan CPU 3.4 GHz dan GPU 1 GHz yang dipertingkatkan. Ia dipasang bersama RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB dan storan UFS 4.0 256GB atau 512GB. Sistem penyejukan Nova hadir dengan kipas berkelajuan tinggi 20,000 RPM dan struktur penyejukan 9 lapisan.

Nova menawarkan sambungan yang kuat dengan Wi-Fi 802.11ax dan Bluetooth 5.4. Ia mempunyai kamera hadapan 20MP dan kamera belakang 50MP. Ia turut menampilkan DTS-X Ultra Sound, empat pembesar suara, dwi motor getaran dan tiga mikrofon. Baterinya berkapasiti 10,100mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Untuk harga, model 12/256GB berharga AS$499 (~RM2,059) dan model 16/512GB berharga AS$649 (~RM2,678). Pelancaran global Red Magic Nova akan berlangsung pada 16 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman jika tablet permainan ini akan tiba dalam pasaran Malaysia kelak.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version