Site icon TechNave BM

redBus kini diintegrasikan dalam aplikasi Grab, tempahan tiket lagi senang dan cepat

Platform tempahan tiket bas, redBus, kini mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi Grab menerusi ekosistem Partner Apps. Pengguna kini boleh melayari, membuat perbandingan dan menempah perjalanan bas serta feri bagi lebih 200 operator di Malaysia dan Singapura secara terus melalui aplikasi Grab.

Integrasi ini bertujuan menyediakan pengalaman tempahan yang lebih lancar tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi redBus secara berasingan atau melakukan log masuk baharu. Pengguna hanya perlu mengakses bahagian Partner Apps melalui butang More di halaman utama aplikasi Grab dan memilih ikon Bus & Ferry.

Apabila menggunakan perkhidmatan ini buat kali pertama, sistem akan meminta kebenaran pengguna untuk berkongsi maklumat profil, nombor telefon dan butiran transaksi yang dikaitkan dengan akaun Grab. Setelah kebenaran diberikan, pengguna akan dibawa ke antaramuka redBus dalam aplikasi untuk melengkapkan tempahan.

Pembayaran bagi setiap tempahan boleh dilakukan menggunakan GrabPay. Selain itu, pengguna layak untuk mengumpul mata ganjaran GrabCoins bagi tempahan yang menepati syarat. Bagi meraikan pelancarannya, redBus menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk tempahan terpilih yang dibuat melalui aplikasi Grab sepanjang tempoh promosi.

Insentif tambahan turut ditawarkan kepada pelanggan GrabUnlimited dan pemegang Grab Travel Pass. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version