Site icon TechNave BM

REDMAGIC 10 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Elite, AMOLED 1.5K, bateri 7,050mAh bermula RM3,999

REDMAGIC Malaysia hari melancarkan telefon pintar gaming terbaru, REDMAGIC 10 Pro, yang menampilkan spesifikasi tercanggih bagi menyediakan prestasi dan pengalaman pantas sewaktu bermain game. Seperti kebanyakan telefon gaming, ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi lebih tinggi sebanyak 45% dan kecekapan bateri sebanyak 44% berbanding generasi sebelumnya.

Ia turut mempunyai cip RedCore3 yang meningkatkan prestasi AI interpolation dan resolusi super bagi menghasilkan kadar bingkai yang lebih lancar, sambil menguruskan kecekapan tenaga dan suhu secara pintar. Ia menggunakan RAM LPDDR5X Ultra (13% lebih pantas dan 30% lebih cekap tenaga) sehingga 24GB dan storan UFS4.1 Pro (36% lebih pantas) sehingga 1TB.

Pilihan warna REDMAGIC 10 Pro
Skrin yang tiada lubang atau notch untuk kamera selfie

Satu lagi ciri menarik pada telefon ini adalah ia mempunyai skrin AMOLED 1.5K 6.85 inci yang langsung tidak mempunyai takuk atau lubang untuk menempatkan kamera hadapan. Kamera hadapannya diletakkan di bawah skrin (under-display), membuatkannya hampir lutsinar dan menghasilkan skrin yang tidak mempunyai gangguan sewaktu anda menonton video.

Baterinya juga amat besar, dengan kapasiti 7,050mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 100W. Ia turut mempunyai butang pemicu di bahagian bucu (shoulder triggers) yang bertindak balas sepantas 7.4 milisaat untuk kegunaan gaming yang sengit.

Untuk penyejukan sewaktu gaming, ia mempunyai teknologi besi cecair (liquid metal) yang terdiri daripada 11 lapisan penyejukan dan boleh merendahkan suhu sebanyak 21°C. Lebih menarik, ia mempunyai kipas dalaman yang berputar pada kadar 23,000RPM untuk meningkatkan pelesapan haba.

Kameranya di belakang terdiri daripada dua iaitu kamera utama 50MP dengan penstabilan OIS dan kamera ultra-lebar 50MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC 10 Pro:

Anda boleh dapatkan harga diskaun jika anda membeli telefon ini sebelum 31 Januari 2025. Selain itu, para pelanggan awal akan menerima aksesori penyejuk Redmagic Cooler 5 Pro, sementara stok masih ada.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version