Site icon TechNave BM

REDMAGIC 10S Pro dilancar di Malaysia: Telefon pertama dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version bermula RM3,199

REDMAGIC Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon gaming terbaru iaitu REDMAGIC 10S Pro. Telefon ini merupakan peranti pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset andalan (flagship) Snapdragon 8 Elite Leading Version bagi menyediakan prestasi gaming yang terpantas untuk peranti Android, serta menampilkan pelbagai spesifikasi canggih yang lain.

Cipset ini menyediakan CPU dengan kelajuan clock sehingga 4.47GHz (lebih tinggi daripada 4.32GHz pada Snapdragon 8 Elite asal), kelajuan GPU sehingga 1,200MHz (lebih tinggi daripada 1,100MHZ pada Snapdragon 8 Elite asal) serta prestasi NPU AI yang lebih pantas sebanyak 40%. Ia juga mempunyai cip gaming RedCore R3 Pro Gaming Chip bagi menyediakan prestasi gaming yang tertinggi.

Untuk prestasi memori yang pantas, ia menggunakan RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan dalaman UFS 4.1 Pro sehingga 1TB.

Sewaktu bermain game pula, ia mempunyai teknologi penyejukan ICE-X Cooling 10 lapis yang terdiri daripada Liquid Metal 2.0 dengan konduktiviti haba sebanyak 200 W/m·K, setaraf dengan PC gaming terkini. Keluasan besi cecair kini seluas 36mm², lebih luas sebanyak 30% daripada generasi sebelumnya dan akan mula cair pada suhu sekitar 50°C.

Ia juga mempunyai kamar wap seluas 12,000 mm² untuk melesapkan haba dengan lebih cekap serta kipas 23,000RPM yang boleh beroperasi dengan bunyi serendah 4dB.

Untuk skrin, ia mempunyai paparan AMOLED berukuran 6.85 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Semua spesifikasi ini menyediakan pengalaman tontonan yang tinggi untuk game atau video.

Baterinya pula berkapasiti agak besar, dengan kapasiti 7,050 mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W.

Daripada segi rekaan, ia mempunyai pelbagai ciri-ciri telefon gaming seperti butang pemicu di bahagian bucu, cahaya Dynamic RGB Lights dan butang Magic Key yang melancarkan aplikasi GameSpace.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC 10S Pro:

Pelanggan yang membelinya sebelum 27 Jun 2025 boleh mendapatkan harga diskaun istimewa dengan potongan sehingga RM1,000. Anda juga akan menerima kipas luaran REDMAGIC Cooler 6 Air (bernilai RM199) secara percuma dengan pembelian sebelum 17 Julai.

Telefon ini boleh dibeli dari Shopee, Lazada, TikTok Shop dan laman web REDMAGIC. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version