ZTE Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon gaming terbaru iaitu REDMAGIC 10S Pro. Telefon ini merupakan peranti pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset andalan (flagship) Snapdragon 8 Elite Leading Version bagi menyediakan prestasi gaming yang terpantas untuk peranti Android, serta menampilkan pelbagai spesifikasi canggih yang lain.
Cipset ini menyediakan CPU dengan kelajuan clock sehingga 4.47GHz (lebih tinggi daripada 4.32GHz pada Snapdragon 8 Elite asal), kelajuan GPU sehingga 1,200MHz (lebih tinggi daripada 1,100MHZ pada Snapdragon 8 Elite asal) serta prestasi NPU AI yang lebih pantas sebanyak 40%. Ia juga mempunyai cip gaming RedCore R3 Pro Gaming Chip bagi menyediakan prestasi gaming yang tertinggi.
Untuk prestasi memori yang pantas, ia menggunakan RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan dalaman UFS 4.1 Pro sehingga 1TB.
Sewaktu bermain game pula, ia mempunyai teknologi penyejukan ICE-X Cooling 10 lapis yang terdiri daripada Liquid Metal 2.0 dengan konduktiviti haba sebanyak 200 W/m·K, setaraf dengan PC gaming terkini. Keluasan besi cecair kini seluas 36mm², lebih luas sebanyak 30% daripada generasi sebelumnya dan akan mula cair pada suhu sekitar 50°C.
Ia juga mempunyai kamar wap seluas 12,000 mm² untuk melesapkan haba dengan lebih cekap serta kipas 23,000RPM yang boleh beroperasi dengan bunyi serendah 4dB.
Untuk skrin, ia mempunyai paparan AMOLED berukuran 6.85 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Semua spesifikasi ini menyediakan pengalaman tontonan yang tinggi untuk game atau video.
Baterinya pula berkapasiti agak besar, dengan kapasiti 7,050 mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 80W.
Daripada segi rekaan, ia mempunyai pelbagai ciri-ciri telefon gaming seperti butang pemicu di bahagian bucu, cahaya Dynamic RGB Lights dan butang Magic Key yang melancarkan aplikasi GameSpace.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC 10S Pro:
- Skrin AMOLED 6.853 inci, resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 2,000 nits, kaca Corning Gorilla Glass
- Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Version
- RAM RAM LPDDR5T 12GB, 16GB atau 24GB
- Storan dalaman UFS 4.1 Pro 256GB, 512GB atau 1TB
- Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + sensor kedalaman 2MP
- Kamera hadapan 16MP
- Bateri 7,050mAh
- Pengecasan pantas 80W, pengecas disertakan dalam kotak
- Sistem operasi REDMAGIC OS 10.5 berdasarkan Android 15
- Pembesar suara stereo 1115K DTS-X,
- Port USB-C 3.2 Gen 2, bicu audio 3.5mm
- Butang shoulder trigger, Magic Key, RGB Lights
- Pilihan warna hitam matte Nightfall, perak Moonlight atau hitam lutsinar Dusk
- Harga:
- 12GB+256GB: RM3,499
- 16GB+512GB: RM4,399
Pra-tempahan untuk telefon ini sudah dibuka sejak 5 Julai 2025. Setiap pra-tempahan akan disediakan bersama kipas penyejuk RedMagic Cooler VC 5 Pro (bernilai RM249, sementara stok masih ada) serta waranti tempatan selama 18 bulan oleh ZTE Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh layari laman web telefon ini atau nubia Redmagic MY Shopee Official Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

