Site icon TechNave BM

REDMAGIC 8 Pro dalam warna Titanium dilancar di Malaysia, berharga RM4,299

Buat mereka yang ingin memiliki telefon pintar gaming berkuasa tinggi dengan penampilan yang “garang”, anda mungkin berminat dengan warna baharu untuk REDMAGIC 8 Pro yang ditawarkan dalma warna perak Titanium.

REDMAGIC 8 Pro dalam warna ini hanya menawarkan satu sahaja varian memori iaitu RAM 16GB dan storan dalaman 512GB.

Buat mereka yang tidak mengenalinya, REDMAGIC 8 Pro adalah antara telefon pintar gaming terawal yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk prestasi terpantas sewaktu bermain game. Ia turut mempunyai skrin OLED besar 6.8 inci, bateri 6,000mAh dan cas pantas 65W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk REDMAGIC 8 Pro versi Titanium:

REDMAGIC 8 Pro boleh dibeli di laman web Shopee REDMAGIC bermula 4 April 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version