Site icon TechNave BM

REDMAGIC 8S Pro akan dilancar di Malaysia pada 3 Ogos 2023

REDMAGIC merupakan jenama telefon pintar gaming di bawah Nubia telah mengumumkan siri perdana terbaharunya REDMAGIC 8S Pro akan dilancarkan pada 3 Ogos 2023 di Malaysia.Untuk pengetahuan anda, REDMAGIC 8S Pro merupakan telefon pintar gaming pertama yang dikuasakan oleh semua versi terkemuka Snapdragon 8 Gen 2 yang baharu.

Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 2, RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan UFS 4.0 sehingga 512GB. Ia menampilkan panel AMOLED 6.8 inci 120Hz dengan resolusi 1116 x 2480 yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5.

Terdapat juga kamera swafoto 16MP yang diletakkan di bawah paparan dan bahagian belakang dilengkapi tiga kamera 50MP. Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm dan dwi pembesar suara dengan DTS:X Ultra Sound

Ketahui kemas kini baharu mengenai REDMAGIC di laman web rasminya, Facebook dan Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version