Site icon TechNave BM

Redmi 10 2022 dilancar: Skrin 90Hz, cipset Helio G88, bateri 5,000mAh, kamera kuad 50MP

Xiaomi telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru, Redmi 10 2022, untuk beberapa negara terpilih, di mana ia menampilkan penambahbaikan kecil daripada Redmi 10 asal yang dilancar pada bulan Ogos 2021.

Perbezaan utama di antara Redmi 10 2022 dengan Redmi 10 asal adalah daripada segi storan dalaman, di mana Redmi 10 2022 mempunyai storan 128GB yang lebih besar berbanding 64GB dalam Redmi 10. Storannya boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 512TB.

Selain daripada itu, kedua-dua telefon mempunyai rekaan dan spesifikasi yang sama. Ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G88, RAM 4GB, skrin FullHD+ berukuran 6.5 inci dengan kadar 90Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan 18W.

Daripada segi kamera, ia menawarkan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Ia turut dilengkapi dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan port USB-C.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Jika anda lebih berminat dengan Redmi 10 asal, ia boleh dibeli dengan harga bermula RM649. Pada pendapat kami, ia adalah sebuah telefon kelas pertengahan yang sangat berbaloi dengan harganya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 10 2022 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR India

Exit mobile version