Site icon TechNave BM

Redmi 10 5G dilancar: Cipset Dimensity 700, skrin FHD+ 90Hz, dwi-kamera 50MP bermula ~RM810

Siri telefon pintar kelas permulaan Redmi 10 telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan Ogos 2021 dan Xiaomi terus menawarkan varian baru untuk siri telefon itu sepanjang tahun ini. Terbaru, Redmi 10 5G telah dilancar di Indonesia dan Thailand di mana ia mempunyai spesifikasi yang agak menarik.

Redmi 10 5G mempunyai skrin IPS LCD berukuran 6.58 inci dengan resolusi Full HD+ (2408×1080), kadar segar semula 90Hz dan kaca Gorilla Glass. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 700, varian memori 4GB+64GB, 4GB+128GB dan 6GB+128GB, bateri 5,000mAh, pengecasan 18W serta sistem operasi MIUI 13 berdasarkan Android 12.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 5MP yang berada dalam takuk titisan air (waterdrop notch). Ia turut mempunyai sebuah pengimbas cap jari di bahagian sisi, bicu audio 3.5mm, port USB-C serta sokongan untuk hubungan Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1 dan NFC.

Redmi 10 5G akan dijual di Indonesia pada harga IDR2,699,000 (~RM810) untuk varian 4GB+128GB dan IDR2,899,000 (~RM870) untuk varian 6GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Buat masa ini, varian Redmi 10 terbaharu di Malaysia adalah Redmi 10C yang dilancar pada bulan Mac lalu dan dijual pada harga bermula RM559.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version