Site icon TechNave BM

Redmi 10 5G dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, bateri 5,000mAh, Dimensity 700 bermula RM959

Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu Redmi 10 5G. Syarikat itu turut bekerjasama dengan penyedia telekomunikasi Maxis untuk pelan eksklusif bagi memudahkan anda membeli telefon ini dengan harga serendah RM1 sahaja.

Redmi 10 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700 5G iaitu sebuah cipset dengan lapan teras dan kelajuan clock 2.2GHz yang memadai untuk kegunaan harian. Skrinnya pula agak besar, iaitu dengan ukuran 6.58 inci, resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz untuk penggunaan yang lebih lancar.

Ia turut mempunyai RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan bateri besar 5,000mAh. Warna yang ditawarkan adalah kelabu Graphite Gray, perak Chrome Silver dan hijau Aurora Green.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Redmi 10 5G:

Anda juga boleh membeli telefon ini di Maxis Store dengan harga serendah RM1 apabila anda melanggan kepada pelan pascabayar Maxis Postpaid 188. Berikut adalah harga Redmi 10 5G yang berubah mengikut pelan pascabayar Maxis:

Harga Redmi 10 5GPelan Pascabayar Maxis
RM1Maxis Postpaid 188
RM19Maxis Postpaid 158
RM29Maxis Postpaid 128
RM36Maxis Postpaid 98
RM39Maxis Postpaid Share 48

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version