Site icon TechNave BM

Redmi 10 dapat pengiktirafan AS, terdiri daripada tiga varian memori

Redmi 9 adalah antara telefon pintar bajet yang paling laris pada 2020, jadi sekuel kepada telefon tersebut adalah sangat dinanti pada tahun ini. Kini, Redmi 10 telah pun mendapat pengiktirafan oleh agensi Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat.

Telefon dengan nombor model 21061119AG telah dikesan dalam data agensi tersebut di mana ia dinyatakan bakal dilengkapi sokongan dwi-kad SIM, perisian MIUI 12.5 dan terdiri daripada tiga varian memori iaitu 4GB+64GB, 6GB+128GB dan 4GB+128GB.

Selain daripada itu, spesifikasi Redmi 10 masih belum diketahui. Ia dikhabarkan akan dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Samsung ISOCELL JN1 1/2.76″, kamera ultra lebar 8MP dengan sensor Sony IMX355 dan kebolehan untuk merakam video dalam resolusi 4K 60fps.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version