Site icon TechNave BM

redmi 10A dilancar: Skrin 6.53″, bateri 5,000mAh, cipset Helio G25 bermula ~RM465

Xiaomi telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru di China iaitu Redmi 10A yang menampilkan skrin dan bateri besar untuk harga yang sangat berpatutan.

Telefon ini dilengkapi skrin berukuran 6.53 inci dengan resolusi 1600×720, nisbah aspek 20:9 dan kecerahan 400 nits. Untuk spesifikasi dalaman, ia terdiri daripada cipset MediaTek Helio G25, RAM 4GB atau 6GB dan storan 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 512GB.

Kapasiti baterinya agak besar iaitu 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP.

Redmi 10A turut menawarkan sokongan dwi-kad SIM, hubungan Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, antara muka (UI) MIUI 12.5 dan pilihan warna kelabu, biru atau hitam. Berikut adalah senarai harga untuk Redmi 10A di China:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan Redmi 10A di Malaysia. Beberapa minggu lalu, Redmi 10C telah dilancar untuk pasaran Malaysia di mana ia menawarkan spesifikasi serupa dan dijual pada harga bermula RM559.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar bajet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version