Site icon TechNave BM

Redmi 10C tertiris, bakal dilancar untuk pasaran global

Pada 17 Mac, Redmi 10 telah dilancarkan di India. Tetapi menurut khabar angin baru-baru ini, Redmi juga sedang sibuk mengusahakan peranti baharu yang akan dibawa ke pasaran global tidak lama lagi.

Ia akan menggunakan nama Redmi 10C dan untuk pasaran luar India, ia dikatakan akan menggunakan cipset octa-core yang tidak diketahui yang dipasangkan dengan GPU PowerVR GE8320. Di India, Redmi 10 dijangka menampilkan cipset Snapdragon 680.

Itulah satu-satunya perbezaan antara kedua telefon menurut khabar angin sebelum ini. Redmi 10C akan mempunyai skrin LCD IPS 6.53 inci dengan resolusi 720×1600, kamera utama 50 MP dengan sensor kedalaman 2MP dan bateri 5,000 mAh, kemungkinan besar dengan sokongan pengecasan 18W .

Redmi 10C akan berharga sekitar €150-200 dan ia akan tersedia dalam satu versi sahaja dengan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Terdapat tiga pilihan warna iaitu kelabu, hijau dan biru.

Namun, kami belum menerima apa-apa maklumat rasmi daripada Redmi berkenaan dengan pelancaran telefon pintar baharu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version