Site icon TechNave BM

Redmi 12 5G dilancar di Malaysia: SD 4 Gen 2, RAM 8GB, storan 1TB dan bateri 5,000mAh serendah RM49

Jika anda peminat Redmi, ini merupakan berita baik untuk anda kerana Redmi 12 5G akhirnya tiba di Malaysia. Anda boleh mendapatkannya melalui pelan telko yang disediakan.

Untuk makluman anda, telefon ini boleh didapati pada kadar promosi sebagai sebahagian daripada pelan pakej pascabayar Celcom dan Digi. Selain itu, ia hadir dalam warna Midnight Black, Sky Blue dan Polar Silver. Telefon ini mempunyai binaan 8.17mm², skrin DotDisplay FHD+ 6.79 inci dan resolusi 2460×1080.

Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 4 Gen 2, RAM 8GB dan storan sehingga 1TB.Kamera belakangnya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera kedalaman 2MP untuk imej yang baik. Selain itu, telefon ini menempatkan bateri 5,000mAh dan menyokong port pengecasan pantas USB-C 18W. Spesifilasi lain termasuk bicu fon kepala 3.5mm dan NFC. Ia juga boleh bertindak sebagai alat kawalan jauh IR untuk peranti anda yang lain di rumah.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Redmi 12 5G:

Melalui pelan pakej pascabayar Celcom dan Digi, Redmi 12 5G boleh didapati pada harga serendah RM49. Jika anda pengguna Celcom, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM98 sebulan selepas bayaran pendahuluan sebanyak RM49. Kemudian, telefon itu akan berharga RM90 sebulan.

Adakah anda berminat dengan Redmi 12 5G? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version