Site icon TechNave BM

Redmi 12 dikesan di laman web FCC dan IMEI, mungkin dilancar tidak lama lagi

Nampaknya, kita mungkin akan mendapat satu lagi telefon pintar Redmi bajet tidak lama lagi kerana Redmi 12 baru sahaja dikesan di laman web FCC Amerika Syarikat dan IMEI. Selain itu, beberapa spesifikasi utama peranti ini juga telah didedahkan.

Seperti yang dilaporkan oleh sumber, Redmi 12 disenaraikan dengan nombor mod 23053RN02L pada pangkalan data IMEI. Sementara itu, di laman web FCC, peranti itu mempunyai nombor model 23053RN02Y yang mungkin menandakan bahawa telefon pintar itu akan mempunyai sekurang-kurangnya beberapa varian.

Menurut pangkalan data FCC, Redmi 12 akan menampilkan pengecasan pantas 33W. Selain itu, ia juga akan kekurangan sambungan 5G dan dilengkapi dengan MIUI 14 yang telah dipra-pasang namun versi Android masih tidak diketahui.

Degan pendedahan pada FCC dan IMEI, ia mungkin dilancarkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version