Site icon TechNave BM

Redmi 12C dilancar di Malaysia: Skrin 6.71″, cipset Helio G85, bateri 5,000mAh bermula RM599

Xiaomi Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu Redmi 12C. Dengan harga bermula RM599 sahaja, ia menawarkan spesifikasi yang lengkap untuk kegunaan asas dalam situasi harian.

Tarikan utama telefon ini adalah saiz skrin yang besar iaitu 6.71 inci, dengan resolusi HD+ dan nisbah aspek 20.6:9 untuk pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Skrin ini rata sepenuhnya dan tidak mempunyai lengkungan di bahagian sisi.

Selain itu, Redmi 12C turut mempunyai bateri besar 5,000mAh yang pasti boleh bertahan selama sehari tanpa sebarang masalah. RAM pula berkapasiti 4GB atau 6GB, dan boleh dibesarkan lagi sebanyak 5GB dengan fungsi Extended RAM. Sementara itu, storan dalamannya pula berkapasiti 128GB dan boleh dibesarkan lagi dengan kad memori sebanyak 1TB.

Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP yang menyokong HDR dan Night Mode. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Redmi 12C:

Pra-tempahan untuk Redmi 12C akan dibuka bermula hari ini. Untuk waktu terhad, pelanggan awal akan menerima fon telinga wayarles Redmi Buds 4 Lite (bernilai RM139) secara percuma. Layari Lazada atau Shopee untuk pra-tempahan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version