Site icon TechNave BM

Redmi 13C 5G rasmi dengan MediaTek Dimensity 6100 Plus, kamera dwi 50MP bermula ~RM607

Redmi baru sahaja memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu telefon pintar Redmi 13C 5G membuat penampilan sulungnya di pasaran India. Kelainan yang paling ketara daripada Redmi 13C standard ialah penggunaan cipset MediaTek Dimensity 6100 Plus.

Ia menampilkan skrin IPS bersaiz 6.74 inci dengan resolusi 1600 x 720 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Peranti ini mempamerkan antara muka MIUI 14 berdasarkan Android 13. Selain itu, terdapat kamera utama 50MP dan kamera swafoto 5MP.

Baterinya berkapasiti 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W (palam kuasa 10W disertakan). Ciri lain termasuk pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, slot kad mikroSD dan Bluetooth 5.3. Ia tersedia dalam tiga warna seperti Starlight Black, Startail Green dan Startrail Silver. 

Redmi 13C 5G didatangkan dalam tiga varian iaitu 4/128GB berharga $130 (~RM607), 6/128GB berharga $150 (~RM700) dan 8/256GB berharga $175 (~RM817). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Redmi

Exit mobile version