Site icon TechNave BM

Redmi 9 dengan cipset MediaTek Helio G70 mungkin dikeluarkan pada awal tahun 2020

Redmi 8, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada beberapa bulan yang lepas. Sementara keluaran peranti tersebut masih hangat di pasaran, Xiaomi Redmi berkemungkinan akan melancarkan Redmi 9 pada awal tahun 2020.

Menurut gsmarena, khabar angin menyatakan bahawa Redmi 9 akan dikuasakan oleh cipset yang masih belum dilancarkan iaitu MediaTek Helio G70. Oleh kerana Redmi Note 8 Pro dikuasakan oleh cipset G90T, mungkin Redmi 9 yang bakal dikuasakan oleh cipset G70 tergolong dalam kelas peranti mampu milik.

Menambah kepada khabar angin spesifikasi Redmi 9, peranti ini juga mungkin memiliki paparan 6.6 inci yang lebih besar dengan takuk (notch). Selain khabar angin Redmi 9, anda juga boleh menantikan khabar angin siri cipset Helia G yang mungkin diperkenalkan pada tahun hadapan.

Adakah anda memiliki peranti Redmi? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini berita selanjutnya.

Sumber: gsmarena | themrpc

Exit mobile version