Site icon TechNave BM

Redmi 9 dengan Helio G80, bateri 5020mAh didedahkan berharga ~RM598 di Filipina

Sebelum memulakan pembacaan, anda harus berterima kasih kepada laman e-dagang atau kedai dalam talian yang mendedahkan spesifikasi dan harga Redmi 9 ini. Sebenarnya, Redmi 9 dijadualkan bakal hadir pada 25 Jun ini, namun sebuah laman e-dagang di Filipina telah memuat naik maklumat spesifikasi dan harga di pasaran negara tersebut.

Redmi 9 dilaporkan bakal hadir dengan cipset MediaTek Helio G80 bersama pilihan RAM 3GB + ROM 32GB dan RAM 4GB + ROM 64GB (storan boleh ditambah dengan melalui slot kad mikroSD).

Redmi 9 hadir dengan paparan Full HD+ 6.53 inci dengan takuk yang dihuni kamera selfie 8MP. Panel belakang pula dihuni tetapan kamera utama quad 13MP + 8MP (ultra lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Turut hadir adalah bateri berkapasiti 5020mAh dengan pengecasan 18W. Tidak ketinggalan, bicu audio 3.5mm, IR Blaster, AI Face Unlock dan sokongan dwi-SIM.

Redmi 9 tampil dengan tiga pilihan warna yang dilihat seperti warna hijau, ungu dan kelabu. Laman e-dagang tersebut mendedahkan harga Redmi 9 di pasaran Filipina bermula dari 6990 Peso (~RM598) untuk varian 3GB+32GB dan 7490 Peso (~RM641) untuk varian 4GB+64GB.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan Redmi 9 di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk maklumat terkini mengenai Redmi dan telefon pintar lain.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version