Site icon TechNave BM

Redmi 9 dilancarkan dengan Helio G80, 4 kamera, bateri 5020mAh berharga ~RM719

Semalam, Redmi telah melancarkan Redmi 9 di pasaran Eropah dengan harga yang seiring dengan spesifikasi menonjol. Walaupun dengan harga berpatutan, Redmi masih mengekalkan spesifikasi yang baik pada Redmi 9.

Antara spesifikasi menonjol pada Redmi 9 adalah janaan cipset MediaTek Helio G80. Dengan harga yang tertera, agak jarang untuk menemui peranti yang menawarkan empat kamera seperti Redmi 9 dan tidak ketinggalan juga, bateri besar 5020mAh. Anda boleh merujuk spesifikasi asas di bawah atau kunjungi pautan ini untuk spesifikasi penuh.

Redmi 9 boleh didapati dengan pilihan warna Hitam, Ungu dan Hijau. Harga di pasaran Eropah adalah €149 (~RM719) untuk varian 3GB+32GB, manakala varian 4GB+64GB berharga €179 (~RM864).

Mungkin Redmi bakal melancarkannya di pasaran Malaysia, namun kami masih ketiadaan maklumat rasmi mengenai pelancarannya di pasaran tempatan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version