Site icon TechNave BM

Redmi 9 diumumkan di Malaysia: Helio G80 dan bateri 5020mAh bermula RM499

Beberapa hari lalu, kami telah memaklumkan mengenai Redmi 9 yang telah dilancarkan di Eropah dan negara Filipina. Terkini, harga Redmi 9 telah diumumkan di Malaysia melalui siaran di laman Facebook Xiaomi Malaysia.

Janaan cipset MediaTek Helio G80 adalah merupakan spesifikasi menonjol Redmi 9. Dengan harga yang tertera, agak jarang untuk menemui peranti yang menawarkan empat kamera seperti Redmi 9 dan tidak ketinggalan juga, bateri besar 5020mAh. Anda boleh merujuk spesifikasi asas di bawah atau kunjungi pautan ini untuk spesifikasi penuh.

Redmi 9 dengan varian 3GB+32GB bakal dijual dengan harga ‘Flash Sale’ RM499 di Shopee bermula pada 18 Jun 2020. Varian 4GB+64GB pula akan dijual pada harga RM599 bermula 25 Jun 2020 di laman Shopee Xiaomi rasmi. Untuk maklumat lanjut penjualan, anda boleh mengunjungi pautan ini.

Adakah anda bakal mendapatkan peranti dengan penawaran harga menarik ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version