Site icon TechNave BM

Redmi 9 mula dipasarkan di Malaysia hari ini berharga RM499 bersama produk ekosistem Xiaomi

Para peminat Xiaomi di Malaysia kini boleh mula membeli Redmi 9 pada hari ini, selepas ia dilancarkan pada 15 Jun lalu. Telefon kelas permulaan ini dilengkapi skrin Dot Drop 6.53 inci, empat kamera AI, bateri 5,020mAh dan cipset Helio G80.

Berikut adalah spesifikasi penuh Redmi 9:

Ia boleh dibeli di laman Xiaomi rasmi dalam Lazada atau Shopee serta Authorised Mi Store di seluruh negara. Ia akan dijual pada harga RM499 untuk varian 3GB+32GB dan RM599 untuk varian 4GB+64GB.

Selain Redmi 9, Xiaomi Malaysia juga mula menjual produk baru untuk ekosistem jenama tersebut, seperti pengering rambut Mi Ionic Hairdryer (RM179), robot pencuci lantai Mi Robot Vacuum-Mop (RM999) dan penguat signal Mi Wi-Fi Range Extender Pro (RM59).

Mi Ionic Hairdryer (RM179).
Mi Robot Vacuum-Mop (RM999).
Mi Wi-Fi Range Extender Pro (RM59).

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Redmi 9 atau mana-mana produk Xiaomi di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version