Site icon TechNave BM

Redmi 9 Power dilancar: Snapdragon 662, kamera kuad 48MP, 6000mAh, harga bermula ~RM604

Terkini, Xiaomi telah melancarkan Redmi 9 Power di pasaran India. Menurut sumber yang lepas, peranti ini didakwa sebagai penjenamaan semula daripada Redmi Note 9 4G yang dilancar di pasaran China, tetapi dengan beberapa spesifikasi berbeza. Redmi 9 Power hadir dengan spesifikasi menarik untuk sebuah peranti kelas pertengahan.

Antara spesifikasi menariknya adalah janaan cipset Qualcomm Snapdragon 662, tetapan kamera utama kuad 48MP dan bateri besar berkapasiti 6000mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, kami telah memaklumkan mengenai sebuah peranti Redmi yang juga didakwa sebagai penjenamaan semula Redmi Note 9 4G, bakal dilancar di pasaran Malaysia dengan nama Redmi 9T. Apa pun, kami masih tidak mendapat maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia selain penyenaraiannya di SIRIM.

Setakat ini, Redmi 9 Power dijual di psaran India dengan harga bermula  ₹10,999 (~RM)604 untuk varian 4GB+64GB dan ₹11,999 (~RM659) untuk varian 4GB+128GB.

Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version