Site icon TechNave BM

Redmi 9A bakal hadir dengan Helio G25 dan bateri 5000mAh, mungkin berharga ~RM477

Terkini, terdapat sumber yang melaporkan petanda pelancaran varian Redmi 9 seterusnya, iaitu Redmi 9A. Di sisi yang lain, Redmi 9 baru sahaja tersedia dijual di pasaran Malaysia semalam.

Redmi 9A dilihat muncul di agensi kelulusan produk di China (3C) dan Federal Communications Commission (FCC). Kehadirannya menandakan bahawa Redmi 9A bakal dilancarkan dalam waktu yang terdekat.

Sepintas lalu, ia dijangka bakal dilengkapi cipset MediaTek Helio G25 bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Paparannya bakal dihuni skrin IPS LCD 6.53 inci dengan takuk titisan air yang dihuni kamera selfie 5MP. Turut hadir adalah kamera utama 13MP, IR Blaster dan bateri 5000mAh.

Memandangkan cipset Redmi 9 adalah lebih berprestasi, Redmi 9A mungkin bakal dipasarkan dengan harga yang lebih rendah. Sumber menjangkakan harganya bakal dipasarkan sekitar 100 Euro (~RM479) ke 120 Euro (~RM477).

Semak spesifikasi Redmi 9

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di pasaran Malaysia. Adakah anda menyukai jenama Redmi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version