Site icon TechNave BM

Redmi 9C bakal hadir, cipset Helio G35 dan bateri 5000mAh mungkin berharga ~RM627

Terkini, terdapat sumber yang telah melaporkan khabar angin spesifikasi salah satu peranti dalam siri Redmi 9, Redmi 9C. Redmi 9C dilaporkan mempunyai dua varian dan dijangka bertujuan untuk dipasarkan ke pasaran negara yang berlainan.

Dua varian berlainan adalah dari segi ketiadaan NFC (Near Field Communication) atau dengan NFC. Redmi 9C dengan kehadiran NFC dikatakan bakal hadir di pasaran Eropah, manakala versi tanpa NFC bakal dipasarkan di pasaran Asia.

Perbezaan varian ini hanylah pada tetapan kameranya sahaja. Hal ini kerana Xiaomi ingin memasarkan Redmi 9C dengan harga yang sama, jadi tambahan satu lensa kamera tambahan pada tetapan kamera Redmi 9C tanpa NFC adalah adil.

Redmi 8

Sepintas lalu, Redmi 9C dilaporkan bakal hadir dengan cipset Helio G35, RAM 3GB, ROM 64GB dan bateri 5000mAh. Turut hadir, skrin LCD 6.53 inci beresolusi 720p bersama tetapan kamera utama 13MP + 5MP (tambahan lensa 2MP untuk versi tanpa NFC). Tetapan kamera selfie pula ialah 5MP. Ia turut hadir dengan sokongan sensor cap jari dan port USB Type-C.

Jangkaan harga untuk Redmi 9C adalah sekitar 130 Euro hingga 150 Euro (~RM627 hingga ~RM723). Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai Redmi 9 yang mungkin bakal dilancarkan dengan Helio G70 pada Jun ini. Adakah anda berpuas hati dengan kbara spesifikasi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version