Site icon TechNave BM

Redmi 9C varian baru 3GB+64GB kini sedia untuk pra-tempah, bateri 5000mAh berharga RM479

Anda mungkin sudah mengenali siri Redmi 9 yang menawarkan harga mampu milik untuk pengguna. Salah satu dari siri Redmi 9, Redmi 9C kini hadir dengan varian baru 3GB+64GB di pasaran Malaysia.

Redmi 9C dahulunya hadir dengan RAM 2GB dan storan sehingga 32GB sahaja dengan harga RM429. Penambahan storan dan RAM yang lebih besar menawarkan harga yang masih rendah iaitu, RM479 sahaja. Untuk itu, anda boleh pra-tempah Redmi 9C varian 3GB+64GB bermula 14 Ogos hingga 21 Ogos 2020 di mana-mana Mi Store atau Lazada Xiaomi rasmi dengan harga tersebut.

Sepintas lalu, Redmi 9C hadir dengan janaan cipset MediaTek Helio G35, skrin Dot Drop HD+ 6.53 inci, kamera utama 13MP, bateri 5000mAh dan sokongan cap jari di belakang peranti. Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut di pautan ini.

Adakah anda bakal menyambar Redmi 9C? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi

Exit mobile version