Site icon TechNave BM

Redmi 9i akan dilancarkan pada 15 September

Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas permulaan Redmi 9i pada hari Selasa, 15 September jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia). Telefon itu dilapor akan berdasarkan pada telefon Redmi 9A yang telah dilancarkan pada 30 Jun lalu.

Laman pelancaran telefon itu mengetengahkan skrin, RAM, storan dan bateri yang besar. Redmi 9i mungkin akan dilengkapi spesifikasi yang lebih besar berbanding Redmi 9A seperti storan 64GB, RAM 4GB, skrin yang lebih besar daripada 6.53 inci dan bateri yang lebih besar daripada 5,000mAh. Prestasi gaming dan fotografi Redmi 9i juga dijangka akan mengatasi prestasi Redmi 9A.

Masih tiada maklumat tentang spesifikasi lain telefon tersebut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version