Site icon TechNave BM

Redmi 9T muncul dalam video buka kotak, dijangka masuki pasaran 8 Januari ini

Xiaomi telah melancarkan sebuah telefon dalam siri Redmi 9 iaitu Redmi 9 Power pada bulan Disember lalu untuk pasaran India sahaja. Pada minggu lepas pula, sebuah telefon Redmi telah diacah oleh media sosial Facebook Xiaomi Malaysia menandakan kedatangan sebuah peranti baru Xiaomi tidak lama lagi.

Terbaru, sebuah lagi telefon dalam siri Redmi 9 iaitu Redmi 9T telah tertiris dalam sebuah video buka kotak yang kini sudah dipadamkan.

Redmi 9 Power

Sumber menyatakan peranti ini adalah penjenamaan semula Redmi 9 Power (mungkin untuk pasaran global). Jika benar, Redmi 9T ini bakal menggunakan cipset Snapdragon 662, skrin 6.53 inci FullHD+ LCD, bateri 6,000mAh dan lima kamera termasuklah kamera swafoto 8MP dan kamera utama 48MP.

Selain dari kamera utamanya pada bahagian belakang, ia juga dilengkapi kamera ultra lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP.

Melihat kepada gambar dari video buka kotak yang tertiris, Redmi 9T dilihat mempunyai reka bentuk yang sama seperti Redmi 9 Power. Peranti Redmi 9T ini dikhabarkan akan dilancarkan pada 8 Januari minggu hadapan.

Adakah Redmi 9T ini adalah telefon yang diacah oleh pihak Xiaomi Malaysia beberapa hari lalu? Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version