Site icon TechNave BM

Redmi baharu akan dilancar di Malaysia pada 7 Julai ini

Siri Redmi Note 12 telah dilancarkan di Malaysia pada April tahun ini yang terdiri daripada Redmi Note 12 Pro+ 5G, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12. Kini telahpun masuk bulan Julai meninggalkan beberapa bulan tanpa pelancaran telefon pintar daripada Redmi di Malaysia.

Berdasarkan halaman Facebook Xiaomi, Redmi mengeluarkan poster promosi baharu menunjukkan kehadiran satu lagi model daripada siri Redmi. Namun, ia tidak menyatakan siri telefon tersebut tetapi ramai yang menjangka ia mungkin daripada siri Redmi 12 atau 13.

Telefon baharu tersebut akan dilancarkan pada 7 Julai 2023 yang menandakan anda perlu menunggu lagi lima hari. Adakah telefon kali ini daripada siri Redmi 12 atau 13? Berkemungkinan juga produk kali ini bukanlah telefon pintar memandangkan ia hanya menyatakan salah satu daripada siri Redmi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version