Site icon TechNave BM

Redmi bakal mengeluarkan jam tangan pintar dalam waktu yang terdekat

Jam tangan pintar keluaran Xiaomi, Mi Watch masih lagi hangat di pasaran. Pasaran jam tangan pintar merupakan pasaran yang agak penuh dengan pesaing-pesaing terbaru. Terkini, sub-jenama Xiaomi, Redmi bakal mengeluarkan jam tangan pintar juga.

Sumber melaporkan kemunculan jam tangan pintar Redmi pada laman web Bureau for Indian Standards (BIS). Hal ini menandakan bahawa pelancarannya mungkin dalam masa yang terdekat.

Mungkinkah jam tangan pintar Redmi memiliki spesifikasi seperti jam tangan pintar Xiaomi Mi Watch? Apa pun, kami menjangkakan spesifikasinya perlu bersesuaian dengan harga mampu milik. Ini kerana Redmi biasanya mengeluarkan peranti teknologi dengan harga yang berpatutan.

Kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi berkenaan tarikh pelancaran jam tangan pintar Redmi. Nantikan tarikh pelancaran, spesifikasi dan harga rasmi melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda seorang pengguna jam tangan pintar? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: Android Authority

Exit mobile version