Site icon TechNave BM

Redmi Buds 3 dilancar di Malaysia: Dilengkapi cipset QCC3040 dan Bluetooth 5.2 berharga RM139

Pendahulu teknologi global, Xiaomi hari ini mengumumkan fon telinga wayarles terbarunya iaitu Redmi Buds 3. Redmi Buds 3 hanya seberat 4.5g dan menawarkan keselesaan untuk penggunaan dalam jangka masa yang lama sementara gaya dan sarung pengecasan minimum direka agar sesuai dengan telapak tangan anda.

Dengan sekali pengecasan ia mampu bertahan sehingga 5 jam masa mendengar dan 20 jam apabila digabungkan dengan sarung pengecasan. Redmi Buds 3 menyokong pengecasan pantas yang mana ia mampu bertahan 90 minit dengan hanya 10 minit pengecasan.

Redmi Buds 3 dilengkapi dengan cip Qualcomm QCC3040 yang menyokong bluetooth 5.2 generasi baharu yang menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah dan penghantaran data yang lebih pantas dan sambungan yang lebih stabil.

Ia juga dilengkapi dwi-mikrofon dengan Qualcomm cVc Echo Cancelling dan Noise Suppression Technology untuk memberikan kualiti suara yang jelas. Redmi Buds 3 menggunakan pemacu dinamik besar 12mm yang ditala oleh Xiaomi Sound Lab dan mempunyai rating kalis air dan debu IP54.

Redmi Buds 3 berharga RM 139 dan boleh didapati melalui kedai Xiaomi rasmi di Lazada dan Shopee. Selain itu, ia juga boleh dibeli di kedai Xiaomi yang sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Facebook rasmi milik Xiaomi Malaysia.

Adakah anda berminat untuk membeli Redmi Buds 3? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version