Site icon TechNave BM

Redmi dedahkan Note 11s dalam poster terbarunya, bakal dilancar tidak lama lagi

Subjenama telefon pintar bajet Xiaomi iaitu Redmi telah berkongsi poster baharu di Twitter. Tweet tersebut mengatakan bahawa berkemungkinan terdapat satu lagi pelancaran siri Note 11 baharu di India iaitu Redmi Note 11S.

Mereka turut mendedahkan reka bentuk belakang telefon pintar dengan modul kamera belakang dengan sensor yang besar bersama beberapa lubang kamera lain yang lebih kecil dibawahnya. Terdapat khabar angin mengatakan kamera belakangnya membawa sensor 108MP dan bahagian tepi yang rata. Ia juga telah dilihat di penyenaraian FCC dengan MIUI 13 di mana terdapat beberapa maklumat spesifikasi Note 11S.

Redmi Note 11S akan menampilkan tri-kamera dengan kamera utama 108MP, lensa sudut ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP manakala di bahagian hadapan pula membawa kamera swafoto 13MP. Malangnya, maklumat ini masih belum disahkan dan kami masih menunggu berita seterusnya mengenai telefon pintar ini. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version