Site icon TechNave BM

Redmi G 2021 akan dilancar pada 22 September 2021, sokong grafik “ray tracing”

Redmi bakal melancarkan siri komputer riba gaming Redmi G terbaru pada 22 September 2021, di mana komputer ini bakal dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) yang menyokong teknologi ray-tracing.

Berdasarkan maklumat tersebut, Redmi G baharu dijangka akan dilengkapi siri GPU NVIDIA GeForce RTX 3000 seperti kebanyakan komputer riba gaming yang diperkenalkan pada 2021. Selain itu, ia dikhabar akan ditawarkan dalam varian Intel Core dan AMD Ryzen, berlainan dengan edisi tahun lalu yang menawarkan cipset Intel sahaja.

Sebelum ini, Redmi G yang dilancar pada tahun lalu dilengkapi skrin Full HD 16.1 inci dengan kadar 144Hz, GPU NVIDIA GTX 1650 Ti dan CPU Intel Core i5-10300H. Selain daripada GPU dan CPU, Redmi G baru pada tahun ini akan dilengkapi spesifikasi yang serupa.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version