Site icon TechNave BM

Redmi G Pro 2024 dilancar: i9-14900HX, RTX 4060 dan skrin 16″ 2.5K 240Hz berharga ~RM5,909

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan komputer riba permainan Redmi G Pro 2024. Berharga 8,999 yuan (~RM5,909), komputer riba ini dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9-14900HX generasi ke-14 dipasangkan bersama dengan kad grafik RTX 4060.

Ia mempunyai RAM DDR5 16GB dan SSD PCIe 4.0 1TB. Komputer riba ini menggunakan sistem penyejukan canggih yang terdiri daripada kipas dwi, tiga saluran pelepasan haba dan ruang wap VC. Sistem penyejukan ini membolehkan peranti menggunakan sehingga 210W dengan had prestasi untuk CPU dan GPU masing-masing adalah 130W dan 140W.

Tambahan, Redmi G Pro 2024 mempunyai dwi slot M.2 2280 untuk pengembangan storan tambahan sehingga 8TB dan slot memori dwi yang menyokong pengembangan sehingga 96GB. Komputer riba ini hadir dengan skrin kadar penyegaran berubah-ubah 16 inci 2.5K 240Hz, kelajuan tindak balas 3ms, teknologi G-SYNC dan 500 nits kecerahan.

Selain itu, terdapat kedalaman warna 10-Bit dan pemalapan DC. Daripada segi ketersambungan, Redmi G Pro 2024 dilengkapi dengan pelbagai port Thunderbolt 4, USB-A 3.2 Gen 2, HDMI 2.1, USB-A 2.0, MiniDP 1.4, port rangkaian RJ45, bicu audio 3.5mm dan slot kad SD.

Selain itu, komputer riba ini menampilkan teknologi sambungan pintar Xiaomi yang membolehkan penyepaduan merentas peranti yang lancar untuk pengalaman permainan dan produktiviti yang dipertingkatkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version