Site icon TechNave BM

REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear pertama mereka iaitu REDMI Headphones Neo. Turut diperkenalkan ialah REDMI Buds 8 dan REDMI Watch 6.

REDMI Headphones Neo hadir dengan sokongan Active Noise Cancellation (ANC) sehingga 42dB yang boleh melaras tahap pengurangan bunyi secara automatik mengikut persekitaran. Ia dilengkapi sistem triple mikrofon dengan pengurangan hingar AI untuk panggilan lebih jelas selain pensijilan Hi-Res Audio bagi sokongan audio lossless ketika sambungan berwayar.

Headphones Neo menggunakan driver titanium komposit bersaiz 40mm yang direka untuk menghasilkan bass lebih kuat serta bunyi lebih seimbang. Xiaomi turut menyertakan sokongan USB untuk mengurangkan kehilangan kualiti audio. Ia menawarkan bateri sehingga 72 jam, sokongan Google Fast Pair, dual-device switching serta headband boleh laras. Fon kepala ditawarkan dalam pilihan warna Obsidian Black dan Sand White.

REDMI Watch 6 pula hadir dengan skrin AMOLED 2.07 inci bersama nisbah skrin-ke-badan 82 peratus dan tahap kecerahan sehingga 2000 nits bagi penggunaan luar. Ia menggunakan bingkai aluminium setebal 9.9mm dan dijana bateri 550mAh yang mampu bertahan sehingga 24 hari dalam satu cas. Xiaomi turut menambah baik ciri pemantauan kesihatan dan navigasi dengan sokongan dual L1 antennas, pengesanan kadar denyutan jantung bawah air serta sensor PPG baharu.

REDMI Watch 6 juga menjalankan Xiaomi HyperOS 3 dan menggunakan rekaan dual-button untuk navigasi lebih mudah. Bagi kategori fon telinga wayarles pula, REDMI Buds 8 tampil dengan ANC sehingga 50dB bersama julat pengurangan bunyi 4kHz. Ia turut menggunakan sistem tiga mikrofon dengan pengurangan hingar AI bagi meningkatkan kejelasan suara ketika panggilan.

Fon telinga ini menggunakan driver 11mm dan menyokong spatial audio serta lima tahap pelarasan EQ untuk audio mengikut citarasa pengguna. REDMI Buds 8 mampu menawarkan sehingga 44 jam penggunaan bersama bekas pengecas manakala pengecasan selama 10 minit boleh memberikan sehingga empat jam masa penggunaan.

Harga rasmi di Malaysia adalah seperti berikut:

Promosi pelancaran:

REDMI Buds 8 akan mula dijual bermula 5 Jun depan. Ketiga-tiga produk boleh didapati menerusi Xiaomi Malaysia serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu produk yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version