Site icon TechNave BM

Redmi K30 5G dengan varian lebih besar, RAM 8GB dan storan 256GB bakal tersedia dengan harga ~RM1,737

Terkini, sumber melaporkan sub-jenama Xiaomi, Redmi bakal mengeluarkan Redmi K30 5G dengan varian RAM 8GB dan storan 256GB di China. Varian terbaru tersebut dilaporkan berharga 2899 Yuan (~RM1737).

Terdahulu, Redmi K30 5G telah dilancarkan beberapa bulan lalu (Disember 2019) dengan varian RAM 6GB+ ROM 64GB, RAM 6GB + ROM 128GB dan RAM 8GB + ROM 128GB.

Sepintas lalu, Redmi K30 5G hadir dengan paparan 6.67 inci yang menyokong mod perlindungan mata 2.0 dan dikuasai cipset Snapdragon 765G. Berkenaan kamera pula, peranti dilengkapi tetapan kamera quad (64MP + 8MP + 5MP + 2MP) dan kamera selfie AI (20MP + 2MP). Selain terbina dengan bateri berkapasiti 4500mAh, ia turut disokong pengecas pantas 30W.

Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi berkenaan Redmi K30 5G di Malaysia. Adakah anda berminat dengan peranti 5G ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version