Site icon TechNave BM

Redmi K30 Ultra bukti prestasi MediaTek meningkat, prestasi Dimensity 1000+ cemerlang

Beberapa hari lepas, Xiaomi telah melancarakan telefon pintar Xiaomi Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra. Redmi yang sememangnya sentiasa menarik perhatian dengan penawaran harga dan spesifikasi baik, kini menawarkan peranti yang dijana cipset MediaTek. Sumber melaporkan bahawa cipset MediaTek yang menjana Redmi K30 Ultra mempunyai prestasi yang sangat baik.

Sepintas lalu, Redmi K30 Ultra dijana cipset MediaTek Dimensity 1000+, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 512GB, bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W, skrin Samsung AMOLED 120Hz dan kamera utama 64MP.

Terdapat sumber yang telah menguji prestasi cipset Dimensity 1000+ pada Redmi K30 Ultra melalui beberapa aplikasi penanda aras seperti 3DMark, AnTuTu, GFXBench dan GeekBench 5. Markah cipset ini menandingin cipset lain seperti Kirin 9905G, namun Snapdragon 865 mempunyai markah tertinggi.

Walaupun begitu, MediaTek kelihatannya berupaya mendaki tangga prestasi cipset dengan baik. Jika usaha ini diteruskan, berkemungkinan telefon pintar lain akan terus mempercayai kemampuan MediaTek.

Anda boleh melihat senarai 10 cipset paling berprestasi yang disenaraikan oleh AnTuTu.

Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version