Site icon TechNave BM

Redmi K30 Ultra dilancar: Skrin 120Hz, pengecasan 33W, cipset Dimensity 1000+ berharga ~RM1,210

Sewaktu majlis ulang tahun Xiaomi ke-10 semalam, syarikat tersebut telah melancarkan Redmi K30 Ultra yang dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 1000+, skrin 120Hz dan pengecasan pantas 33W serta dijual pada harga yang berpatutan.

K30 Ultra mempunyai spesifikasi yang serupa dengan Redmi K30 Pro namun daya penariknya di sini tentu adalah skrin AMOLED 6.67 inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, jauh lebih tinggi berbanding dalam K30 Pro. Selain itu, ia juga dilengkapi cipset flagship Dimensity 1000+, RAM 6GB atau 8GB, storan 128GB, 256GB atau 512GB dan bateri 4,500mAh.

Ia dilengkapi empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 13MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera swafoto pula adalah kamera pop-up 20MP. Daripada segi sistem operasi pula, ia dijana oleh MIUI 12 berdasarkan Android 10.

K30 Ultra akan mula dijual di pasaran China pada 14 Ogos dengan harga:

Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang produk ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version