Site icon TechNave BM

Redmi K30 Ultra edisi khas dengan cipset Dimensity 1000+ bakal hadir 11 Ogos ini

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Xiaomi bakal menyambut ulang tahun ke-10 pada 11 Ogos ini. Bukan sekadar sambutan biasa, syarikat tersebut turut bakal melancarkan beberapa produk baharu termasuklah peranti edisi khas Redmi K30 Commemorative Edition (nama diterjemahkan dari bahasa Mandarin ke bahasa Inggeris).

Peranti edisi khas ini tentunya adalah sebagai ingatan kenang-kenangan sempena ulang tahun Xiaomi. Sumber meramalkan Redmi K30 edisi khas ini adalah peranti yang sama dengan peranti yang muncul di TENAA (didakwa sebagai Redmi K30 Ultra). Penyenaraian mendedahkan spesifikasi janaan cipset MediaTek Dimensity 1000+, berbeza dengan varian Redmi K30 yang lain dengan cipset Snapdragon.

Tambah sumber, peranti khas ini mungkin akan dipasarkan dengan nama Redmi K30 Ultra pada negara luar China. Seperti variasi Redmi K30 lain, ia dijangka bakal hadir dengan kamera utama 64MP, kamera swafoto 20MP, RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

Xiaomi juga bakal melancarkan Xiaomi Mi 10 Pro Plus edisi khas melalui acara yang sama. Adakah anda teruja dengan kemunculan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version