Site icon TechNave BM

Redmi K30 Ultra pula dikaitkan dengan cipset 5G Mediatek, Dimensity 1000

Redmi dilaporkan sedang menghasilkan sebuah telefon pintar 5G yang dilengkapi dengan cipset Mediatek Dimensity 1000+. Baru-baru ini, sebuah peranti dengan nama “Redmi K30 Ultra” telah dikesan didalam MIUI 12 beta build.

Kod MIUI 12 juga menunjukkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan empat kamera dengan kamera utama 64MP dan kamera swafoto jenis pop-up. Redmi K30 Ultra dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, sensor cap jari dalam skrin, kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686, bateri bersaiz 4,500 mAh serta pengecasan pantas 33W.

Berdasarkan spesifikasi ini, Redmi K30 Ultra ini dilihat merujuk kepada Redmi K40 5G yang telah tertiris sebelum ini. Adakah ia merujuk kepada peranti yang sama? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version