Site icon TechNave BM

Redmi K40 5G mungkin hadir dengan Dimensity 1000+, 144Hz, cas pantas 33W pada Julai ini

Terkini, terdapat sumber yang tidak dikenal pasti kesahihannya telah mendedahkan spesifikasi jangkaan Redmi K40 5G yang mungkin hadir pada bulan Julai ini.

Sumber menjangkakan Redmi K40 5G bakal dijana cipset MediaTek Dimensity 1000+. Sebenarnya, kami pernah memaklumkan jangkaan spesifikasi cipset ini. Peranti Redmi ini juga bakal hadir dengan skrin LCD 144Hz bersama tetapan kamera Sony IMX686.

Redmi K30. Semak spesifikasi disini.

Terdapat pengecas dengan nombor model MDY-11-EX yang menyokong pengecasan pantas 33W. Sejajar dengan jangkaan ini, sebuah peranti dengan nombor model M2006J10C turut dilihat dalam pengesahan mendapat kelulusan Internet. Peranti ini dijangka sebagai Redmi K40 5G.

Jangkaan ini sememangnya hanya sebuah jangkaan. Namun, jangkaan spesifikasi penting untuk membantu kita mendapat bayangan spesifikasi sesebuah peranti. Apakah pandangan anda mengenai jangkaan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: news.mydriver

Exit mobile version