Site icon TechNave BM

Redmi K40 akan dilancar pada 25 Februari!

Pada hari ini, pengurus awam Redmi Lu Weibing telah menulis di Weibo bahawa telefon pintar andalan yang sudah lama dinantikan, Redmi K40, akan dilancar secara rasmi pada 25 Februari iaitu selepas perayaan Tahun Baru Cina. Telefon itu bakal menjadi peranti Redmi pertama yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 888.

Spesifikasi lain yang dijangka untuk Redmi K40 adalah bateri 4,000mAh, sokongan pengecasan pantas 33W, tiga kamera dan skrin 120Hz. Redmi K40 juga dikatakan bakal menjadi telefon Snapdragon 888 yang termurah dengan harga sekitar CNY2,999 (~RM1,871).

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version