Site icon TechNave BM

Redmi K40 dengan Snapdragon 775, versi Pro dengan Snapdragon 875 hadir tahun ini

Dalam kesibukan Xiaomi untuk melancarkan Redmi K30 Ultra, sudah terdapat sumber yang mendedahkan bahawa barisan Redmi K40 bakal muncul seawal tahun ini!

Pada tahun ini, peranti kelas pertengahan lebih popular dengan janaan cipset Snapdragon 765G. Snapdragon 775 yang bakal menjadi cipset pertengahan popular seterusnya bakal menghuni Redmi K40. Menurut jangkaan sumber, Redmi K40 mungkin dilancarkan seawal hujung tahun ini.

Berbeza dengan Redmi K40 Pro, ia bakal dilengkapi cipset Snapdragon flagship seterusnya, berkemungkinan Snapdragon 875. Apa pun, versi Pro ini mungkin dilancarkan pada awal tahun 2021.

Memandangkan khabar berita ini bukan khabar rasmi, anggaplah maklumat ini sebagai bantuan untuk membayangkan spesifikasi Redmi K40 yang bakal muncul. Adakah anda peminat Redmi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version