Site icon TechNave BM

Redmi K40 disahkan akan hadir dengan sokongan 5G!

Peranti daripada Xiaomi dengan nama kod M2006J10C akan dilancarkan sebagai Redmi K40 atau Xiaomi Mi CC10 tidak lama lagi. Ianya telah dikesan sebelum ini di 3C (Compulsory Certification of China) dengan pengecas 33W yang hadir di kotak Redmi K30 Pro yang lepas. Kini, ianya pula telah dikesan di MIIT (Ministry of Industry and Information Technology).

Sijil pengesahan dari MIIT untuk M2006J10C

Pengatur wayarles China itu telah mengesahkan telefon pintar M2006J10C untuk digunakan pada rangkaian 5G. Ini tidak mengejutkan kerana siri Redmi K30 yang lepas juga mampu untuk menyokong rangkaian 5G.

Bagaimana dengan telefon pintar Redmi K40 ini? Adakah ia akan masuk ke pasaran Malaysia dengan nama yang lain tidak lama lagi? Nantikan bersama kami di Facebook dan terus kekal dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version